Ia adalah sangat penting untuk mentakrifkan dan mengorientasikan permakultur dengan baik untuk ia dilaksanakan dengan betul. Saya mendapati ia adalah suatu latihan peribadi yang sangat berguna. Dengan cara ini, ia mengawal diri saya daritersasar jauh dari amalan permakultur asal yang praktikal dan membantu untuk memastikan ia tidak berubah menjadi sebagai suatu Utopia, sesuatu yang ideal untuk mereka yang lari dari kenyataan.

Rujukan pertama, definisi Bill Mollison (dipetik dari The Designers’ Manual):

Permakultur (pertanian kekal) adalah reka bentuk yang peka kepada pendekatan praktikal dan penyelenggaraan ekosistem pertanian yang produktif yang mempunyai kepelbagaian, kestabilan, dan daya tahan ekosistem semula jadi. Ia adalah integrasi landskap dan manusia yang harmoni, yang boleh berkekalan menyediakan keperluan makanan, tenaga, tempat perlindungan, dan bahan lain serta keperluan bukan material.

Sebagai satu sistem reka bentuk, permakultur mencuba untuk mengintegrasikan komponen yang direka, yang semula jadi, spasial, temporal, sosial dan yang beretika untuk mencapai fungsi secara menyeluruh. Untuk berbuat demikian, ia tidak menumpukan kepada komponen-komponen itu sendiri, tetapi perhubungan di antara kesemua komponen tersebut, dan bagaimana mereka berfungsi untuk menyokong satu sama lain.

Hala tuju sesuatu reka bentuk itu bergantung di atas susun atur komponen terkandung yang mempunyai sifat serta fungsi ia tersendiri dan tujuan penggunaannya.

Permakultur adalah berkenaan dengan reka bentuk institusional dan fungsi infrastruktur dinamik yang disediakan oleh alam semula jadi dalam bentuk perkhidmatan ekosistem. Kita diberikan kebolehan untuk menguruskan modal semula jadi di mana ia membekalkan keperluan asas kita dengan bijak, beretika dan berperihatin.

Matlamat praktikal kami adalah untuk mencipta reka bentuk yang mampu mengawal selia dan mengurus dengan sendirisama seperti ekosistem. Tanpa pencemaran. Tanpa kerja tambahan yang tidak perlu.

Tujuan reka bentuk yang berfungsi & mengawal selia dengan sendiri adalah untuk meletakkan setiap elemen atau komponen itu bagi memenuhi keperluan, dan menerima produk elemen yang lain.

Satu Faktor Penting yang perlu di Pertimbangkan:

Konteks di mana permakultur digunakan adalah kritikal. Saya tidak hanya merujuk kepada konteks fizikal, geografi, topografi, serta iklim.

Ia akan membawa maksud yang berbeza untuk orang yang berbeza, bergantung kepada siapa anda, di mana anda berada, danke mana hala tuju anda.

Ia adalah sangat peribadi. Pelbagai faktor mendorong sebab-sebab penarikan terhadap permakultur. Bagi sesetengah orang, ia boleh jadi kerana keperihatinan untuk alam sekitar, ada yang untuk faktor ekonomi, atau politik, atau sosialatau, lebih mungkin juga, gabungan kesemua faktor-faktor ini.

Kesemuanya adalah berkait rapat. Tiada seorang yang hidup dalam vakum atau dalam keadaan terasing.

Pemikir militari Prusia Karl Von Clausewitz berkata:

Peperangan bukanlah suatu fenomena yang berasingan, tetapi iaadalah politik yang berterusan dengan cara yang berlainan.

Berikutan darinya, beberapa kenyataan berguna (dikaitkan dengan pemikir pembangkang Amerika Michael Ruppert):

Politik adalah Ekonomi yang berterusan dengan cara yang berbeza.

Ekonomi adalah Tenaga yang berterusan dengan cara yang berbeza.

Wang mewakili keupayaan untuk melakukan kerja. Bahan bakar fosil membolehkan keupayaan untuk melakukan kerjakerja yang agak banyak, dan buat masa ini, agak murah apabila diambil kira sifat pembekalannya yang terhad berhubung dengan apa yang ia membolehkan.

Sebelum kegunaan bahan bakar fosil (dan kewangan moden), keupayaan untuk melakukan pekerjaan itu dilihatkan oleh pemilikan manusiaatau hamba abdi. Sejarah—dalam perkembangan politik, ekonomi, dan sosialboleh diringkaskan sebagai perbentangan secara progresif bagaimana kita telah menentukan kaedah paling berkesan untuk memenuhi keperluan manusia dan seterusnya bagaimana kekayaan dijanakan. Permakultur mempunyai implikasi pencapaian yang bolehmengubah pemahaman kita tentang apa yang sedia ada dan apa yang boleh diusahakan dalam setiap bidang yang boleh difikirkan.

Dari perspektif itu, permakultur adalah suatu konsep revolusi yang menyeluruh dalam faktor bentuk dan fungsi apabila dipertimbangkan potensi yang boleh diberikan kepada kami. Secara keseluruhannya, kami tidak boleh membiarkan ia dijadikan sebagai satu lagi penampilan gaya hidup alternatif. Atau sejenis kehidupan Utopia,  suatu khayalan oleh mereka yang hanya mahu lari dari kenyataan yang meminggirkan ia, akibatnya mengasingkan mereka yang paling memerlukannya.

Era pemodenan—Zaman Perindustrian—adalah sinonim dengan Zaman Minyak. Ia tidak wujud tanpa satu sama lain. Melihat dunia dari aspek itu akan menjadikan ia agak mudah untukmemahami keadaan kita sekarang.

Memandangkan sifat nadi dunia moden yang terhad, kita tidakboleh buat apa-apa selain  menerima kenyataan yang ekonomi dan politik yang menggerakkannya tidak boleh diteruskan.

Herbert Stein, Pengerusi Council of Economic Advisers di bawahPresiden Amerika Richard Nixon dan Gerald Ford, ada berkata:

Jika sesuatu tidak boleh berterusan selamanya, ia akan terhenti.

Para ekonomi bijak mengatakan yang sesuatu itu tidak boleh berterusan untuk selamanya, tetapi tidak pula mengatakan bila ia akan berhenti.

Kita semua, dalam suatu cara, bentuk atau keadaan, terbabit dengan kenyataan ini. Kita semua terjejas dengan realiti ini.

Pada kesudahannya, kita semua perlu menjawab beberapa soalan berikutan dengan kenyataan di atas: Bagaimana cara terbaik kita membekalkan keperluan kita? Dan siapa yang menentukan bagaimana soalan itu dijawab? Persoalan ini adalah antara dilemayang telah lama wujud yang masih memerlukan penyelesaian yang praktikal.

Keadaan sosiopolitik/sosioekonomi kita secara kolektif ditentukan oleh bagaimana soalan-soalan ini dijawab.

Persoalan inilah yang mendorong pembentukan dan perkembangan permakultur dalam etika dan pengamalannya.

Metodologi integrasi reka bentuk “Hi Lo-Tech” yang dirangkumi oleh permakultur akan menjadi alat penting untuk merangka wawasan pasca-perindustrian, pasca-dunia minyak dan apa yang ia perlu untuk berdaya maju.

Rhamis Kent (artikel asal di dalam Bahasa Inggeris)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *