Hutang adalah pedang bermata dua: ia berguna apabila anda melabur untuk masa hadapan, tetapi lambat laun, anda akan perlu membayar hutang supaya nilai bersih boleh diperolehi. Apabila anda tidak boleh membayar semula hutang (di atas apa jua sebab), terjadilah sukar atau mustahil untuk anda melepaskan diri dari kitaran hutang tersebut.

Pinjaman adalah satu cara hidup untuk ramai pengguna. Gadai janji dan pinjaman pelajar yang sering dianggap sebagai “hutang yang baik” boleh mengambil sebahagian besar pendapatan bulanan anda. Tambahan pula hutang kad kredit dan pinjaman kereta baru setiap beberapa tahun, dan dengan mudah, anda boleh terlibat dalam situasi yang susah untuk dilepasi. Pinjaman gaji dan lain-lain pinjaman toksik hampir pasti akan membawa kepada kitaran hutang.

Kitaran Hutang

Kitaran hutang adalah pinjaman berterusan yang membawa kepada hutang yang bertambah, peningkatan kos, dan akhirnya kegagalan untuk memenuhi pembayaran semula hutang tersebut. Apabila anda berbelanja lebih daripada apa yang dibawa masuk, anda berada dalam keadaan berhutang. Tiba pada suatu peringkat, kos faedah menjadi perbelanjaan bulanan yang signifikan, dan hutang anda akan meningkat dengan lebih cepat. Anda mungkin mengambil pinjaman untuk membayar pinjaman yang sedia ada atau hanya untuk memenuhi bayaran kadar minimum yang diperlukan.

Kadangkala, ada juga bagusnya untuk mendapatkan pinjaman baru bagi membayar hutang yang sedia ada. Penyatuan hutang boleh membantu mengurangkan pembayaran faedah dan memudahkan perihal kewangan anda. Tetapi, apabila anda perlu mendapatkan pinjaman untuk sekadar bertahan (atau untuk membiayai penggunaan semasa anda, berbanding dengan melaburkan pinjaman itu untuk masa hadapan seperti pendidikan dan hartanah), keadaan boleh mula menjadi sulit.

Bagaimana untuk Keluar dari Perangkap Hutang

Langkah pertama untuk keluar dari perangkap kitaran hutang ialah mengakui bahawa anda mempunyai hutang yang terlalu banyak. Tiada penghukuman di sini – apa yang telah berlaku, sudah pun berlalu. Pandangilah keadaan itu secara realistik supaya anda boleh mula mengambil tindakan.

Walaupun anda mampu membayar semua pembayaran hutang bulanan anda, anda telah memerangkap diri anda dalam gaya hidup yang berkekalan di dalam hidup berhutang. Berhenti kerja untuk keluarga, menukar kerjaya, bersara pada suatu hari nanti, atau berpindah ke mana-mana dalam negara tanpa pekerjaan akan menjadi hampir mustahil jika anda perlu untuk terus membayar hutang itu. Sebaik sahaja anda mengenal pasti keperluan anda untuk keluar dari hidup berhutang, mulakan usaha mencari jalan penyelesaian:

  • Memahami kewangan anda: anda perlu tahu keadaan anda. Berapa kadar pendapatan yang anda membawa masuk setiap bulan, dan di mana kesemua wang itu pergi? Ia adalah penting untuk menjejaki semua perbelanjaan anda, maka lakukanlah apa sahaja untuk melaksanakannya. Anda hanya perlu melakukan penjejakan perbelanjaan ini untuk satu atau dua bulan sahaja bagi mendapatkan maklumat yang secukupnya. Beberapa tips untuk menjejaki perbelanjaan anda termasuk:
    • Berbelanja dengan kad kredit atau debit supaya anda memperolehi rekod elektronik untuk setiap transaksi
    • Membawa nota pad dan pen bersama anda
    • Simpan (atau membuat) resit untuk setiap perbelanjaan
    • Buat senarai elektronik di dalam dokumen teks atau penyata lembaran kerja
  • Jika anda membayar bil dalam talian terutamanya, teliti penyata bank dan bil kad kredit untuk beberapa bulan bagi memastikan perbelanjaan yang luar biasa juga termasuk sekali, seperti pembayaran suku tahunan ataupun sebarang pembayaran tahunan. Imbangkan baki akaun anda sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya anda tidak mendapat kejutan dengan perbelanjaan yang tidak diduga.
  • Ciptakan “pelan perbelanjaan“: sekarang setelah anda tahu kemampuan anda berbelanja (pendapatan anda) dan berapa banyak yang telah anda membelanjakan, anda boleh membuat belanjawan yang boleh anda terima. Mulakan dengan semua “keperluan asas” seperti perumahan dan makanan. Kemudian lihat pada perbelanjaan lain, dan lihat apa yang sesuai. Sebaik-baiknya, anda akan bajet untuk tujuan masa hadapan dan membayar diri anda terlebih dahulu, tetapi untuk keluarkan diri dari berhutang mungkin menjadi keutamaan yang lebih mendesak. Di sini mungkin di mana anda perlu membuat beberapa perubahan yang tidak menyenangkan. Carilah cara untuk mengurangkan perbelanjaan pada barangan runcit, menghentikan langganan kabel, mendapatkan pelan telefon bimbit yang lebih murah, menunggang basikal ke tempat kerja, dan banyak lagi. Ini adalah langkah pertama dalam menjalankan hidup di bawah kemampuan anda.
  • Sembunyikan kad kredit: kad kredit tidak semestinya tidak baik (sebaliknya, ia bagus jika anda menjelaskan bayaran pada setiap bulan), tetapi ia membuatkan anda terlalu mudah untuk jatuh ke dalam lingkaran hutang. Kadar faedah yang tinggi yang dikenakan ke atas kebanyakan kad bermakna anda akan membayar lebih untuk apa sahaja yang anda membeli, dan terlebih pula apabila anda membayar pada kadar minimum, ia pasti akan membawa masalah. Lakukanlah apa sahaja untuk berhenti menggunakannya – potongkan ia, bekukan ia di dalam semangkuk air dalam peti sejuk, atau apa cara sekalipun. Jika anda suka kemudahan (dan mengesan secara automatik) dengan perbelanjaan melalui kad, gunakan kad debit yang dikait dengan akaun cek anda atau kad debit prabayar yang tidak akan membolehkan anda menambah hutang.
  • Mengubah tabiat anda sedikit demi sedikit: memang seronok apabila mendapatkan “kemenangan besar” seperti menggunakan kelas kereta yang lebih rendah atau membatalkan perkhidmatan kabel yang mahal. Tetapi perubahan kecil adalah juga sangat bermakna. Mungkin anda gemar makan tengahari dengan rakan sekerja beberapa kali seminggu, menikmati makan di luar pada hujung minggu, dan gemar membelanjakan wang untuk konsert dan permainan bola. Walaupun semua tabiat ini bukanlah tidak baik, ia boleh menjejaskan bajet anda. Jika anda serius untuk keluar dari hidup berhutang, anda perlu menukar tabiat anda sedikit demi sedikit. Mulai dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti membuat kopi anda di rumah dan membawa bekalan makanan tengahari ke kerja dan teruskan dari sana.
  • Kurangkan kos pinjaman anda: mendapatkan pinjaman tambahan adalah membawa risiko, tetapi satu pinjaman terakhir mungkin diperlukan. Jika anda mempunyai hutang kad kredit pada kadar faedah yang tinggi, anda berkemungkinan tidak akan boleh meliputi kos faedah setiap bulan – walau dengan jumlah bayaran yang besar. Menyatukan hutang dengan pinjaman yang betul boleh membantu setiap dollar ke arah pengurangan hutang. Tetapi anda perlu berdisiplin – sebaik sahaja anda membayar hutang (atau, lebih tepat lagi, mengalihkan hutang), anda tidak boleh berbelanja dengan kad-kad itu lagi. Pemindahan baki kad kredit adalah salah satu cara untuk mendapatkan pinjaman sementara yang murah – hanya perlu memerhati tempoh akhir promosi – dan pemberi pinjaman dalam talian menawarkan kadar yang kompetitif ke atas pinjaman jangka panjang.
  • Mengambil kerja sambilan: bergantung kepada amaun hutang anda, kerja sambilan atau kerja sampingan mungkin diperlukan. Memotong rumput, menjaga haiwan peliharaan di hujung minggu, dan perkongsian ekonomi adalah pilihan yang baik. Kerja lebih masa di tempat pekerjaan anda juga membantu, terutamanya pada kadar satu setengah gaji. Apa-apa tambahan yang anda buat boleh diletakkan ke arah pembayaran hutang anda untuk membantu mempercepatkan pelangsaian hutang anda. Sebagai alternatif, bank masa (time bank; satu mekanisme yang berasaskan nilai yang memberikan tumpuan kepada sumbangan orang ramai untuk memenuhi keperluan masyarakat. Unit pertukaran dan akaun adalah kadar masa yang diberi atau penerimaan sesuatu perkhidmatan) boleh membantu anda menjimatkan wang, selain bertemu dengan orang lain.

Mengelakkan Kitaran Hutang
Pada pertamanya, mengelakkan hutang adalah lebih mudah daripada menggali diri anda keluar dari lubang. Sebaik anda di posisi kewangan yang kukuh, teruskan berdisiplin. Dengan iklan yang dipapar di muka anda di mana-mana sahaja dari radio ke akaun Instagram anda, ditambah dengan tekanan “kekal mengikuti Joneses,” (perbandingan dengan jiran sebagai penanda aras kedudukan sosial) mengelakkan hutang adalah tidak mudah.

  • Hidup di bawah kemampuan anda: hanya kerana anda mampu, ia tidak bermaksud ia adalah pilihan yang tepat. Belilah rumah yang anda sedia mampu dengan mudah, bukan sebuah rumah yang anda rasa anda akan mampu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Membuat perbelanjaan secara berhati-hati dan ambil pendekatan konservatif dalam pengendalian wang anda. Hidup di bawah kemampuan anda akan menyediakan anda untuk kejayaan kewangan sekarang dan pada hari kemuadian anda. Tambahan itu pula, ia bermakna tekanan juga akan kurang jika kehidupan ini melemparkan anda cabaran yang di luar jangkaan.
  • Jangan membuat pembelian pada tahap maksimum yang dibenarkan: di atas pemahaman yang sama, beringat bahawa pemberi pinjaman tidak akan menjaga kepentingan anda. Pemberi pinjaman gadai janji sering memberi harga pembelian maksimum rumah berdasarkan nisbah hutang kepada pendapatan anda – tetapi, anda boleh (dan sepatutnya) mengurangkan perbelanjaan. Penjual kereta gemar berbicara dengan bayaran bulanan kadar maksimum, tetapi itu bukan cara yang betul dalam pemilihan kereta.
  • Elakkan pinjaman kad kredit: melainkan anda boleh membayar kad kredit anda secara penuh setiap bulan, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Lebih kerap daripada tidak, kad kredit membawa kepada perbelanjaan yang berlebihan kerana anda tidak “merasai” wang yang dibelanjakan. Ciptakan bajet dan gunakan wang tunai atau kad debit sehingga anda selesa dengan perbelanjaan anda. Anda sentiasa boleh kembali ke penggunaan kad kredit bagi perlindungan pengguna dan mendapatkan ganjaran selepas anda keluar dari kitaran hutang.
  • Simpan untuk kecemasan: kadangkala, orang terjatuh di dalam hidup berhutang kerana keadaan yang tidak diduga – bukan disebabkan oleh perbelanjaan harian. Hutang itu mungkin sesuatu luar jangkaan yang tidak dapat dielakkan, dalam banyak keadaan ia boleh ditangani dengan menyimpan terlebih dahulu untuk kecemasan dan perbelanjaan di luar jangkaan. Mulakan dana kecemasan dengan segera, dan cuba membinanya sehingga bernilai perbelanjaan kehidupan yang mencukupi untuk kadar tiga hingga enam bulan.

(Terjemahan artikel berjudul, “Get out of the Debt Cycle” oleh Justin Pritchard di www.thebalance.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *