Sesetengah orang akan menolak pandangan saya ini sebagai teori konspirasi. Pertama, masanya virus Covid19 ini ditularkan. Senario sebelum Covid19 bermula, ekonomi dunia dalam keadaaan merosot ke arah kemelesetan yang serius, dengan trade-war antara AS dan China masih berterusan. Bagi China, rusuhan Hong Kong pula semakin teruk. Semua ini tidak baik untuk politik negeri China. Tetapi keluar sahaja Covid19 ini rusuhan HK pun terhenti.

Bioweapon mesti ada tujuannya. Kesan arahan lockdown atau duduk saja di rumah adalah (tidak pasti apakah ini adalah arahan daripada WHO)

1. Ia akan mempercepatkan keruntuhan ekonomi negara dan global

2. Menjadi alasan untuk memberhentikan peredaran wang kertas kerana ianya merupakan medium untuk penyebaran virus dan bakteria; dan digantikannya dengan 100% wang digital.

3. Dasar-dasar Bank Pusat seluruh dunia tidak teratur dan telah gagal. Oleh yang demikian, kita perlukan satu pembuat dasar pusat (central policy maker) untuk seluruh dunia supaya dasar-dasar ini dapat diselaraskan. Jadi semua wang digital sedunia akan sekarang dikeluarkan oleh SATU institusi global – Apakah institusi ini IMF, Bank Dunia, Bank of International Settlement, etc? Jadi jelas Covid19 ini merupakan jalan untuk mencapai matlamat One World Order. Tanyalah diri anda sendiri mengapa S’pura tidak mengeluarkan arahan lockdown atau duduk saja di rumah itu? Kejatuhan ekonomi dunia ini juga disasarkan terhadap President Trump kerana tahun ini adalah tahun pilihan raya di sana. Jadi Trump mengecewakan mereka yang menularkan Covid19 ini dengan mengumumkan penawarnya; dan bukan pula WHO yang mengumumkannya. Perhatikan juga apabila Trump mengumumkan penawar itu, video Menteri Pertahanan Israel pula terus keluar, memberitahu kita bagaimana untuk menanggani virus ini. Menteri Pertahanan Israel, Hmm?

4. Mereka akan menggunakan kesan teruk daripada virus ini untuk vaksinasi semua orang, dengan memasukkan sekali cip RFID nano ke dalam badan. Mereka akan mengatakan bahawa cip ini adalah perlu untuk mengenalpasti siapa yang telah divaksin dan siapa pula tidak. Tetapi akhirnya cip itu akan membawa identiti anda. Mereka akan tahu di mana sahaja anda berada dan anda boleh berurus-niaga hanya jika anda mempunyai cip itu. Jika anda tidak “berkelakuan” seperti mana mereka mahu, mereka boleh ‘menutup’ anda. Dengan virus ini mereka sasarkan juga agama Islam– Jemaah Tabligh , solat berjemaah, solat Jumaat dsb. Seterusnya adalah ancaman terhadap solat tarawih and paling ditakuti Haji tahun ini. Welcome to the New World Order. Ini hanyalah pandangan saya.

Yang paling tidak bertanggungjawab dalam semua ini adalah mereka yang telah mencipta dan menularkan bioweapon Covid19 ini dengan niat untuk membunuh ribuan atau jutaaan orang di seluruh dunia. Ianya seperti menjatuhkan satu bom nuklear biologi. Apakah kita marah terhadap mereka? Tidak, kerana dengan propaganda mereka yang tersusun, kemarahan kita teralih kepada lelaki Tabligh yang ingin mendengar ceramah, jogger yang pergi joging untuk kesihatan, seseorang yang pergi berkelah untuk rekreasi dsb.

Wahai sahabat-sahabatku, bangunlah dari tidur.

Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *