1. ANDA TAHU APA YANG ANDA BELI
Dengan membeli barangan keluaran tempatan bermakna sumber kemahiran, tenaga buruh dan bahan-bahan untuk menghasilkan produk-produk tersebut datang dari tempat yang anda tahu dan boleh dikenal pasti. Namun bagi barangan keluaran luar negara pula agak sukar untuk mengagak negara asal yang mengeluarkan setiap bahagian barangan tersebut dan di mana ia dipasang.

2. ANDA TAHU DARI SIAPA ANDA MEMBELI
Barangan dan jenama luar sering diwakili oleh syarikat-syarikat besar yang tidak dikenali pemiliknya. Namun bila anda membeli barangan tempatan, anda boleh bertemu dan berkomunikasi dengan pemilik kedai atau pembekal, jadi pembelian itu bukan sekadar satu transaksi wang, tapi juga interaksi di antara manusia.

3. ANDA TAHU KE MANA WANG ANDA DIBELANJAKAN
Dengan membeli barangan keluaran tempatan bermakna wang anda akan dipusingkan untuk membantu ekonomi tempatan, ertinya bukan sahaja anda yang mendapat manfaatnya, bahkan rakan-rakan, keluarga dan masyarakat.

4. BAIK UNTUK PERSEKITARAN
Pembelian tempatan mampu mengurangkan bebanan ke atas persekitaran dari segi kos tenaga bagi pengangkutan dan sumber-sumber yang diperlukan untuk mengekalkan rantaian bekalan dunia.

5. BAIK UNTUK PARA PEKERJA DAN PENGELUAR
Pembelian tempatan dapat menggalakkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan untuk para petani dan pengilang dalam ekonomi negara, sekali gus melemahkan amalan buruh yang tidak adil dalam ekonomi luar yang lain, contohnya kilang peras tenaga.

BELANJAKAN WANG ANDA PADA INDUSTRI TEMPATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *